10 Oktober 2015 (Sabtu) – Sambutan Hari Sukan Negara peringkat IPD Ampang Jaya, Selangor berlansung di Kompleks Sukan Destar Arena, Ampang Jaya, Selangor.
Dalam ucapan ringkas YDH ACP. Khairuldin b. Hj. Saad, Ketua Polis daerah Ampang Jaya, Selangor bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang senantiasa bersukan agar sihat, cergas dan aktif.
Disamping itu juga dapat membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sukan dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Sempena Hari Sukan Negara. IPD Ampang Jaya menganjurkan Senaman/Tarian Zumba, pertandingan Futsal, Badminton bagi Pegawai Kanan Polis, Pegawai Polis dan Pegawai Awam. Tidak dilupakan juga kepada kanak-kanak diadakan pertandingan mewarna dan sukaneka bersama seisi keluarga warga IPD Ampang Jaya, Selangor.
Turut hadir Hari Sukan Negara YDH Supt. Hj. Md. Nazri b. Hj. Zawawi, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua-Ketua bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Ketua-ketua Cawangan, Pegawai Polis, Pegawai Awam IPD Ampang Jaya, Encik Yap Steven dan Encik Sarib b. Mohamad Yusof (Pengurus Destar Nurani (M) Sdn. Bhd.) seisi keluarga warga IPD Ampang Jaya, Selangor.