Demi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersukan, sebuah syarikat swasta, Destar Nurani (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) menganjurkan Karnival Belia dan Sukan 2014 semalam.
Karnival yang berlangsung selama sembilan hari itu sehingga tiga acara – futsal, badminton dan ping pong.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan hadir merasmikan acara tersebut di Kompleks Destar Arena Ampang,
Kuala Lumpur semalam.
Menurut Saravanan, objektif utama karnival itu adalah untuk melahirkan masyarakat yang suka bersukan.
“Kami mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai tempat riadah penduduk setempat.
“Diharapkan mereka dapat mengandakan aktiviti sukan dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan belia,”katanya.