Karnival. Destar Nurani Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Karnival Belia dan Sukan 2014 di Kompleks Destar Arena, Ampang, Selangor baru-baru ini.
Menurut Pengurus Acara karnival, Sarib Mohammad Yusof, onjektif utama karnival adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan gemar bersukan.
“kami mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai tempat riadah penduduk setempat dengan mengandakan aktiviti sukan, ” katanya.
Beliau menambah, usaha itu juga diharapkan dapat membantu mengurankan masalah sosial dalam kalangan belia.
Karnival itu akan berlangsung hingga 30 Mac ini dirasmikan oleh Timbalan Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan.